Wednesday, January 23, 2013

TKRS day



TKRS - Tunas Kadet Remaja Sekolah

Alhamdulillah, saya masuk kelas 4 Ali tahun ni di SRIAAB. Mualimah sebagai ketua & penolong kelas. Walaupun saya tak terpilih sebagai pengawas untuk Tahap II, saya tetap bersyukur kerana telah mendapat Anugerah HAFAZAN sempena hari Takrim 2012 yang lepas untuk Kelas 3 Ruqaiyah.

TKRS hanya untuk hari Jumaat setiap minggu...jadi saya dikehendaki memakai t-shirt TKRS warna hijau. Jadi setiap Jumaat saya kenalah pakai t-shirt TKRS dengan seluar panjang (seluar PJ) ke sekolah.

Antara aktiviti yang telah di pelajari ialah:
  1. Tilawah Juz' Amma - bacaan dan terjemahan
  2. Hafazan
  3. Fikrah
  4. Penciptaan alam
  5. Rasul & Kitab
  6. Mengenal Allah
  7. Syurga & Neraka
  8. dll...
Selain itu saya kena belajar KETATANEGARAAN, mengenal LOGO dan maksudnya serta bendera. Di samping itu saya juga belajar kawad kaki seperti SEDIA, SENANG DIRI dan REHATKAN DIRI.

Eeemmm...tak sabar saya nak meneruskan aktiviti seterusnya....:)

Sehingga jumpa lagi... :)

No comments:

Post a Comment